Dana HCD

Biasiswa MyBrainSc

Organisasi pemberi dana

:

Kementerian Pendidikan Malaysia

Skop pembiayaan

:

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Kriteria kelayakan

:

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:
1) Ph.D;
a) Calon adalah warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
c) Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
d) Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
e) Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
f) Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
g) Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.

2) Sarjana;
a) Calon adalah warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
c) Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
d) Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
e) Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
f) Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
g) Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.

3) Ijazah pertama;
a) Calon adalah warganegara Malaysia;
b) Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
c) Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;
d) Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; dan
e) Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
 

Kaedah permohonan 

:

Permohonan online melalui https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/

 

Maklumat perhubungan

 

:

Encik Mohamad Afizal bin Mehat / Encik Muhammad bin Mohd Yusof
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p: Unit SLAB/SLAI)

Telepon

:

03-88706902 / 03-88706367

Faks

:

03-88706839

Emel

:

afizal.mehat@moe.gov.my / muhammad.yusof@moe.gov.my

Laman sesawang

:

 http://www.moe.gov.my/v/mybrainsc

Tarikh kemaskini : 11 Jun 2015

Kembali