Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan

LATAR BELAKANG

MASTIC melaksanakan pengumpulan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara untuk mendapatkan status, trend dan statistik R&D negara bagi sesuatu tahun kewangan.
Kajian R&D Kebangsaan telah dilaksanakan oleh MASTIC secara dwitahunan sejak tahun 1994 (bagi tahun kewangan 1992).  Mulai tahun kewangan 2008, Kajian R&D Kebangsaan diadakan setiap tahun bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam dan luaran MASTIC.
Hasil penemuan kajian akan digunakan untuk membangunkan indikator-indikator peringkat kebangsaan bagi input penggubalan dasar STI negara, pengukuran prestasi R&D berbanding sasaran yang ditetapkan Kerajaan dan input bagi perbandingan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

 

SKOP DAN METODOLOGI

Kajian ini mengguna pakai garis panduan Frascati Manual yang dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) bagi membolehkan penandarasan dan perbandingan di peringkat antarabangsa.
Kajian ini dijalankan secara bancian (census study) merangkumi semua organisasi awam dan swasta yang menjalankan aktiviti R&D pada sesuatu tahun kewangan.  Sektor awam terdiri daripada institusi pengajian tinggi(IHL) dan agensi  & institut penyelidikan kerajaan (GRI). Manakala sektor perniagaan terdiri daripada syarikat milik kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta/industri.
Pengumpulan data kajian dijalankan melalui pengisian borang soal selidik secara manual, di mana organisasi diminta melaporkan aktiviti R&D secara pukal (by organisation).
 

DEFINISI

Definisi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengikut Frascati Manual:
R&D adalah aktiviti penyelidikan dan pembangunan merangkumi kerja-kerja kreatif yang dijalankan secara sistematik bagi meningkatkan khazanah pengetahuan yang bermanfaat untuk mereka/mencipta aplikasi baru.
 

STATUS SEMASA KAJIAN TERKINI

MASTIC sedang menjalankan Kajian R&D Kebangsaan 2013 bagi mengumpulkan data aktiviti R&D yang dijalankan pada tahun kewangan 2012.   Kajian ini dijalankan selama 12 bulan mulai Julai 2013 sehingga Julai 2014. Setakat ini,proses pengumpulan data kajian sedang dijalankan dan laporan akhir kajian dijangka akan diterbitkan pada Ogos 2014.

Borang soal selidik kajian boleh dimuat turun melalui capaian berikut:

Sektor IHL/GRI:

Muat turun :

>>Borang Soal Selidik Kajian           >>Garis Panduan Borang Soal Selidik Kajian

 

Sektor Perniagaan (BE):

Muat turun :

>>Borang Soal Selidik Kajian           >>Garis Panduan Borang Soal Selidik Kajian

 

Untuk maklumat lanjut mengenai pengisian Borang Soal Selidik Kajian, sila hubungi Helpdesk di alamat e-mel: survey[at]mastic.gov.my atau menghubungi pegawai-pegawai berikut:


(i)   Cik Nurul Asfahlina Mohamed Johari, telefon: 016-3701103,
(ii)  Cik Nur Haniz Hussein, telefon: 016-3701102,
(iii) Encik Mohamad Shafiq Adnan, telefon: 016-3208976, dan
(iv)  Cik Nurul Fitriatul Aini Zakaria, telefon: 016-3208977,
 

>>Statistik Pola Kajian Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) Kebangsaan

Dokumen adalah dalam format PDF. Sila muat turun Adobe Acrobat Reader

 

Tarikh Kemaskini : 24 Disember 2013