Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia

LATAR BELAKANG

Laporan Petunjuk Sains, Teknologi Malaysia merupakan gabungan data daripada kajian-kajian yang dilaksanakan oleh MASTIC dan data-data sekunder yang diperoleh daripada organisasi/agensi lain.

Laporan ini memberikan maklumat terperinci terhadap pencapaian dan trend pendidikan dalam bidang S&T, sumber tenaga manusia untuk S&T, kesedaran awam mengenai S&T, aktiviti R&D, inovasi, perdagangan dalam teknologi, imbangan pembayaran teknologi, paten, maklumat komunikasi teknologi (ICT) bibliometrik dan bioteknologi.

Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi telah dilaksanakan oleh MASTIC secara dwitahunan sejak tahun 1994.  Sehingga kini, sebanyak 8 laporan telah berjaya diterbitkan sehingga tahun 2010.

 

SKOP DAN METODOLOGI

Maklumat laporan yang disediakan adalah mengikut standard antarabangsa Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) bagi membolehkan penandarasan dan perbandingan di peringkat antarabangsa.

Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi merangkumi data primer dan sekunder daripada organisasi dan agensi yang terlibat dalam pembangunan petunjuk sains dan teknologi di Malaysia. Laporan ini juga mengandungi petunjuk yang komprehensif bagi menanda aras status dan pencapaian negara dengan tahun-tahun sebelumnya dan juga perbandingan antarabangsa dengan negara-negara ASEAN, OECD, Taiwan, China, Korea, Ireland, Amerika dan Jepun.

 

DEFINISI

Data Primer diperoleh daripada penemuan kajian-kajian MASTIC seperti Kajian Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan, Kajian Inovasi Kebangsaan dan Kajian Bibliometrik.

Data Sekunder diperoleh daripada agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan petunjuk sains dan teknologi di Malaysia seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Statistik Malaysia.

 

STATUS SEMASA KAJIAN TERKINI

Laporan petunjuk STI yang seterusnya dijangka akan dijalankan pada tahun 2013 dan akan mengambil tempoh 12 bulan untuk disempurnakan. 

 

MALAYSIAN S&T INDICATORS REPORT

Terkini:


Arkib: